Anak minat programming dan teknologi? Mula dengan AI dari sekarang.
Anak dah biasa guna phone dan laptop.
Dah pernah dengar ChatGPT.
Mungkin dah cakap nak jadi programmer.
Tapi selalunya AI cuma digunakan untuk copy jawapan homework, bukan untuk faham dan bina sesuatu.
“Anak saya nak masuk bidang programming, tapi nak mula dekat mana?”
“Saya rasa AI penting untuk masa depan dia, tapi saya sendiri tak pandai.”
“Saya risau dia guna AI dengan cara yang salah.”
Kelas ini ajar anak guna AI dengan betul dan selamat, sebagai pembantu untuk belajar, berfikir dan bina projek kecil sendiri. Skill asas yang akan berguna sampai dia masuk universiti dan alam kerja.
1 jam setiap sesi · Umur 11–16 tahun · Level beginner
Pilih slot anakApa anak akan belajar dalam 2 sesi?
🤖 Kenal AI & guna untuk belajar
- Apa itu AI, dan apa yang AI boleh dan tak boleh buat.
- Cara tulis arahan (prompt) yang jelas.
- Guna AI untuk terangkan topik sekolah yang susah dan buat kuiz ulang kaji sendiri.
- Etika: data peribadi, privasi, AI boleh silap, dan kenapa tak boleh copy bulat-bulat.
💻 Langkah pertama ke programming
- Faham asas bagaimana code berfungsi.
- Bina mini projek pertama (contoh: web page atau game ringkas) dengan bantuan AI.
- Belajar ulang dan perbaiki arahan sampai hasil jadi seperti yang dibayangkan.
- Tunjuk hasil kepada mak ayah di hujung sesi. 🎉
Bulan seterusnya, kita naik level sedikit demi sedikit ikut minat dan kemajuan anak.
- Guna AI dengan yakin, betul dan selamat.
- Tulis arahan yang jelas dan nilai jawapan AI secara kritis.
- Guna AI untuk bantu belajar subjek sekolah.
- Satu mini projek programming yang dia bina sendiri.
Daripada guna AI untuk “cari jawapan”, anak mula guna AI untuk
faham, fikir dan bina sesuatu sendiri.
Macam mana kelas ni berjalan?
- 2 sesi sebulan, 1 jam setiap sesi, online melalui Google Meet.
- Dua minggu sekali, supaya anak sempat praktis tanpa terbeban dengan kerja sekolah.
- Slot dipilih ikut jadual anak (petang hari sekolah atau hujung minggu).
- Anak perlukan laptop dan internet yang stabil.
- Guna tools AI versi percuma. Tiada langganan tambahan diwajibkan.
- Mak ayah dialu-alukan untuk duduk sekali, terutamanya sesi pertama.
Selepas booking, saya akan hubungi mak ayah melalui WhatsApp untuk sahkan slot anak dan tahap pengetahuan dia sekarang.
Boleh. 🤎 Kelas ini memang untuk beginner. Kita mula dari asas, tak perlu pengalaman programming.
Salah satu fokus utama kelas ialah cara guna AI dengan selamat dan beretika: tak kongsi data peribadi, tahu AI boleh silap dan tak copy jawapan bulat-bulat.
Kita pilih slot yang sesuai dengan jadual anak. Kalau ada hal pada tarikh sesi, maklumkan awal dan kita cuba cari slot ganti.
Boleh. 2 sesi sebulan ialah pakej asas supaya anak tak overwhelmed dengan kerja sekolah. Kalau anak nak lebih, sesi tambahan boleh di-add on. WhatsApp saya selepas booking dan kita atur.
Bagi anak kelebihan dalam skill masa depan, bermula bulan ini.
1 jam setiap sesi. Umur 11–16 tahun. Level beginner. Tak perlu pengalaman coding.
Pilih slot anakKlik button di atas untuk buka booking calendar dan pilih hari serta masa sesi pertama. Tarikh sesi kedua kita tetapkan bersama.