Build With Wani ialah academy & learning platform bersama Wani — belajar skill baharu, AI, digital products dan peluang side income, dengan Quest 101 hari untuk bina produk digital pertama anda dan sasaran RM1,000 pertama dalam 12 bulan.
Anda tak perlu ada audience, produk, atau pengalaman jual online sebelum ini. Setiap hari ada satu misi dalam Quest — 101 hari untuk bina dan jual produk digital pertama anda.
Anda bina dan jual produk sebenar — bukan tugasan latihan. Setiap hari ada satu misi dalam Quest, dari cari idea sampai jualan pertama. Produk digital apa-apa pun boleh, asalkan boleh menjana jualan.
Sertai Build With Wani & dapatkan akses Quest 101 hari serta portal.
Ikut misi harian dalam Quest untuk bina & launch produk digital pilihan anda — apa-apa produk, asalkan boleh menjana jualan.
Threads, TikTok & Ads — bina audience dan jual secara konsisten.
Produk hidup, audience sendiri, dan jualan pertama yang konsisten — RM1,000 pertama anda.
Kalau salah satu ni bunyi macam anda, bisnes fizikal atau freelance bukan jalan penyelesaian anda.
Nak jual produk fizikal atau buka kedai — tapi ruang rumah dah penuh stok, sewa kedai mahal, dan bisnes cuma boleh besar sebesar ruang yang anda ada.
Buat servis, freelance atau jual jasa — bila anda cuti sehari, income pun cuti sehari. Tiada compounding, semua kena mula balik dari kosong esok.
Tak nak asyik reply DM, urus stok, packaging atau pantau bisnes sepanjang hari. Nak sesuatu yang boleh jalan sendiri dengan effort minimal — bukan bisnes yang makan seluruh hidup anda.
Anda okay struggle habis‑habisan buat seketika. Tapi anda nak tahu bila effort tu akan compound jadi income yang jalan sendiri — bukan hustle yang tak pernah henti.
Lima Quest berturutan — dari produk pertama yang live, sampai RM1,000 pertama anda.
| Quest | Tempoh | Fokus & Sasaran | Rank |
|---|---|---|---|
| Quest I | Hari 1–14 | Find → Build → Launch: satu produk digital live dengan payment link | Builder |
| Quest II | Hari 15–30 | Organic Marketing Engine: sistem kandungan & 100+ warm leads (tanpa ads) | Marketer |
| Quest III | Hari 31–45 | First Sale: pelanggan berbayar pertama + setup Meta Ads | Seller |
| Quest IV | Hari 46–75 | Organic + Ads: retargeting, referral & sasaran 30 jualan | Operator |
| Quest V | Hari 76–101 | First RM1,000: product ladder, produk kedua & sistem automasi | Founder |
Audience yang anda bina dalam Quest II tidak dibina semula — ia terus digunakan sepanjang Quest III hingga V. Anda bebas bina apa-apa produk digital, asalkan boleh menjana jualan.
Silibus utama ialah Sistem Quest BWW — 101 hari misi harian untuk anda execute produk digital pertama anda. Setiap misi ada XP, streak dan rank supaya anda kekal konsisten. Video lesson dikemas kini di portal seiring dengan Quest.
Kebanyakan community cuma sembang dan kongsi tips. Build With Wani ada sistem dan action plan yang jelas — anda tahu apa nak buat setiap hari.
Ada Quest 101 hari: misi harian dari cari idea sampai jualan pertama. Anda tak perlu tunggu motivasi atau teka-teka langkah seterusnya.
Setiap hari ada satu misi. Anda hantar jawapan sendiri dan kumpul XP, streak & rank — bukan sekadar “habis tengok video”.
Guna ChatGPT/Claude untuk research, copywriting, sampai bina produk dan landing page sendiri — lengkap dengan panduan teknikal untuk payment link (bcl.my & systeme.io).
Wani kongsi terus apa yang dia belajar dan apa yang memudahkan bisnes dia dalam portal — dengan video lesson yang dikemas kini seiring Quest.
Dalam portal, Wani kongsi apa yang dia belajar dan apa yang memudahkan bisnes dia sendiri — anda boleh belajar dan terus tiru.
Perkembangan terbaru AI agent, Claude & ChatGPT yang berguna untuk bisnes anda.
Cara guna AI dengan lebih cekap, dikongsi dari pengalaman sebenar Wani.
Prompt yang dah digunakan sendiri — boleh terus guna atau ubah suai ikut niche anda.
Cara susun dashboard untuk pantau dan permudahkan operasi bisnes anda.
Panduan setup Hermes supaya kerja berulang boleh dibantu secara automatik.
Video lesson dikemas kini di portal seiring dengan Quest, jadi anda belajar sambil buat.
9 tahun dalam industri Creative, Marketing & Ecommerce — dan masih fulltime worker sampai hari ini. Wani percaya passive income yang betul patut jadi flywheel: compounding, bukan kerja dari kosong semula setiap bulan.
Dalam tempoh 3 tahun membangunkan pelbagai brand produk digital merentasi macam‑macam niche, Wani berjaya jana RM100,000 revenue — sambil membina community lebih 5,000 orang across platform.
Masih fulltime worker, masih fulltime explorer, sentiasa “lapar duit” untuk cari peluang baharu. Misi dia mudah: bagi ruang dan peluang untuk orang lain capai RM1,000 pertama mereka dengan cara yang betul — ikut timeline yang realistic dan effort yang masuk akal.
Selain yuran membership, tools AI bergantung pada pilihan anda — dan anda boleh belajar dulu sebelum decide nak subscribe semua.
| Tool | Kos | Kegunaan |
|---|---|---|
| Tools AI (ChatGPT, Claude, Hermes) | Ikut pilihan anda | Research, copywriting, bina produk & landing page, automasi kerja berulang |
| BCL.my & Systeme.io | FREE | Payment gateway, checkout, funnel & email automation |
| Ads Spend | Bermula RM200 / bulan | Bila Quest masuk fasa ads — test & scale Meta/TikTok Ads |
Setup Wani: ChatGPT Plus + Claude Pro + Hermes — total sekitar RM350 sebulan. Itu pilihan Wani, bukan syarat. Anda tak perlu subscribe semua dari hari pertama — belajar dulu, decide kemudian.
Tak kira tier, setiap ahli dapat Quest dan sokongan yang sama. Tiada komitmen wajib 12 bulan — anda boleh cancel dan subscribe semula bila-bila masa. Kami mahu anda kekal kerana nampak nilai, bukan kerana terikat.
Ya. Bulan 1 memang dirancang untuk anda mula dari kosong — pilih niche, bina ebook pertama, dan mula posting di Threads dari hari pertama.
Anda akan diajar guna AI (ChatGPT/Claude) untuk bina produk dan landing page, lengkap dengan panduan step‑by‑step untuk payment link (bcl.my & systeme.io). Tiada background teknikal diperlukan.
Tidak untuk anda. Kadar RM27/bulan locked‑in selagi anda kekal subscribe berterusan. Kenaikan harga hanya terpakai untuk intake akan datang.
Quest ada pilihan pace (harian atau bebas), jadi anda boleh ikut kadar sendiri dan sambung semula tanpa tekanan.
Tiada komitmen wajib 12 bulan. Anda bebas cancel bila-bila masa kalau rasa BWW tak memberi manfaat, dan boleh subscribe semula bila-bila masa ikut kesesuaian anda. Untuk pembatalan, email nadia@aspirasiathena.com.
Tidak. Tools AI bergantung pada pilihan anda. Setup Wani ialah ChatGPT Plus + Claude Pro + Hermes, total sekitar RM350 sebulan — tapi anda boleh belajar dulu dan decide kemudian nak subscribe yang mana satu.
Serta-merta — akses Quest I dibuka sejurus pembayaran disahkan.
Atau anda boleh masih di tempat yang sama — idea tersimpan, follower sikit, tak tahu nak mula dari mana.
Roadmap dah ada. Yang tinggal cuma keputusan untuk mula.
* RM1,000 pertama ialah sasaran realistik bagi ahli yang melengkapkan semua misi Quest dan kekal konsisten sepanjang 12 bulan — bukan jaminan hasil. Kami sediakan ilmu, resources, panduan dan sokongan, tetapi hasil tidak sama untuk semua orang — ia bergantung pada usaha, niche, tindakan dan konsistensi setiap individu.